Thursday 20 August 2015

proses memasak dan hasil sulingan


persiapan memasak




Botol-botol plastik yang telah digunting sebanyak 1 kg telah dimasukkan ke dalam periuk tekanan




Plastik dimasak dalam periuk  tekanan dengan kaedah  penyulingan kering dimana wap
yang terhasil terus dialirkan melalui batang besi ke dalam botol yang mengandungi air
untuk di kondensasi menjadi  cecair, minyak ajaib.

Proses masakan ini mengambil masa selama 2 jam di mana selepas 1 jam pertama lilin dikeluarkan dan setelah 1 jam  kedua minyak pula dikeluarkan.


                                                                botol air suling




Satu kilogram plastik menghasilkan satu liter minyak. Minyak dikumpul dengan mengeluarkan air dibahagian  bawah botol. Air yang bercampur dengan gas yang toksik itu akan dikumpulkan dalam kolam buatan.




ujian makmal







Ujian dengan kertas pH menunjukkan pH nya adalah 3. Ini menunjukkan hasil gas yang melarut dalam air adalah asid kuat dengan nilai pHnya 3.


Thursday 14 May 2015

kolam

Pelajar membuat kolam tadahan air  atau kolam kecil daripada bahan buangan botol plastik. Air dari proses hasil sulingan pembakaran botol-botol plastik akan dikumpulkan di kolam ini . Air tersebut akan dineutralkan dahulku kerana airnya akan berasid kerana pembakaran botol –botol plastik ini akan membebaskan gas yang bertoksik yang akan melarut di dalam air. Air ini akan dineutralkan menggunakan tumbuhan keladi air, arang serta kulit-kulit kerang yang akan dihancurkan. Seterusnya air ini akan dituras menggunakan batu kelikir, batu halus sebelum dimasukkan ke dalam kolam tadahan air ini. 

Monday 11 May 2015

PERIUK TEKANAN




MENGGUNTING BOTOL PLASTIK

TARIKH : 6 Mei hingga30 Julai 2015







Operasi Menggunting botol-botol. Untuk mendapatkan 1liter minyak  memerlukan 1 kg botol-botol plastik  yang mana dapat dimuatkan ke dalam satu periuk tekanan. Untuk mendapatkan 1 kg plastic memerlukan masa selama 4 minggu, di mana setiap minggu hanya memerlukan 3 jam sahaja.

Tempoh masa dari 4 Mei hingga 30 Julai kerana bulai Mei merupakan bulan peperiksaan pertengahan tahun dan disambung dengan cuti pertengahan tahun selama dua minggu.


PENGUMPULAN BOTOL PLASTIK


TARIKH :  6 Mei hingga 30 Julai 2015



Pengumpulan botol-botol minuman Kosmek

Setiap murid atau kelas dikehendakki mengumpulkan botol-botol Kosmek daripada koperasi sekolah yang dibeli dan dibawa semasa perjumpaan persatuan pada hari Kokurikulum setiap minggu. Pertandingan membawa botol yang paling banyak dan berat juga telah diadakan bagi menarik lebih ramai daripada murid-murid untukm membawa dan mengumpulkan botol-botol plastik terpakai ini.

Friday 1 May 2015

Pelancaran Projek Inovasi Peringkat sekolah " Minyak Ajaib”

Datin Hjh Mahayani Bt Abdul Ghani
Pn Hjh Nur Sabrina Chua Bt Abdullah
Pn Zainab Bt Sulaiman

Pn Wan Noor Izah bt Abu Bakar
Pn Zaidah Bt Suan

Pn Hjh Rasyidah Bt Ja'apar
Pn Sarinah Bt Zaini
Pn Zuraidah Bt Mumin
Pn Yumahizan bt Abdul Rahman
Pn Nurul Ismah Bt Saniman
Pn Rabiatun Bt Amir
Pn Norhajjah Bt Omar


En Salihin Bin Amat

Mesyuarat Team Inovasi PSS 2015

Mesyuarat Team Inovasi PSS 2015
Tarikh : 24 April 2015
Tempat : Kantin Berhawa Dingin SMK Sg Besar




Taklimat dan garis panduan diberikan oleh  Datin Hjh Mahayani bt  Abdul Ghani  selaku Penasihat Projek.
Pn Hjh Nur Sabrina Chua bt Abdullah selaku Pengarah Projek mengagihkan tugasan kepada AJK Projek dan memberikan gambaran kasar berkenaan projek Minyak Ajaib yang akan dilaksanakan.

Team inovasi 2015

Datin Hjh Mahayani Bt Abdul Ghani
Pn Hjh Nur Sabrina Chua Bt Abdullah
Pn Zainab Bt Sulaiman

Pn Wan Noor Izah bt Abu Bakar
Pn Zaidah Bt Suan

Pn Hjh Rasyidah Bt Ja'apar
Pn Sarinah Bt Zaini
Pn Zuraidah Bt Mumin
Pn Yumahizan bt Abdul Rahman
Pn Nurul Ismah Bt Saniman
Pn Rabiatun Bt Amir
Pn Norhajjah Bt Omar


En Salihin Bin Amat