BLOG INOVASI SMK SUNGAI BESAR
Tuesday, 15 September 2015
Thursday, 20 August 2015
proses memasak dan hasil sulingan
persiapan memasak
Plastik dimasak dalam
periuk tekanan dengan kaedah penyulingan kering dimana wap
yang terhasil terus
dialirkan melalui batang besi ke dalam botol yang mengandungi air
untuk di kondensasi
menjadi cecair, minyak ajaib.
Proses masakan ini
mengambil masa selama 2 jam di mana selepas 1 jam pertama lilin dikeluarkan dan
setelah 1 jam kedua minyak pula dikeluarkan.
botol air suling
botol air suling
Satu kilogram plastik
menghasilkan satu liter minyak. Minyak dikumpul dengan mengeluarkan
air dibahagian bawah botol. Air yang bercampur
dengan gas yang toksik itu akan dikumpulkan dalam kolam buatan.
ujian makmal
Ujian dengan kertas pH menunjukkan pH nya
adalah 3. Ini menunjukkan hasil gas yang melarut dalam air adalah asid kuat
dengan nilai pHnya 3.
Thursday, 14 May 2015
kolam
Pelajar
membuat kolam tadahan air atau kolam
kecil daripada bahan buangan botol plastik. Air dari proses hasil sulingan pembakaran
botol-botol plastik akan dikumpulkan di kolam ini . Air tersebut akan dineutralkan
dahulku kerana airnya akan berasid kerana pembakaran botol –botol plastik ini
akan membebaskan gas yang bertoksik yang akan melarut di dalam air. Air ini
akan dineutralkan menggunakan tumbuhan keladi air, arang serta kulit-kulit
kerang yang akan dihancurkan. Seterusnya air ini akan dituras menggunakan batu
kelikir, batu halus sebelum dimasukkan ke dalam kolam tadahan air ini.
Monday, 11 May 2015
MENGGUNTING BOTOL PLASTIK
TARIKH : 6 Mei hingga30 Julai 2015
Operasi
Menggunting botol-botol. Untuk mendapatkan 1liter minyak memerlukan 1 kg botol-botol plastik yang mana dapat dimuatkan ke dalam satu
periuk tekanan. Untuk mendapatkan 1 kg plastic memerlukan masa selama 4 minggu,
di mana setiap minggu hanya memerlukan 3 jam sahaja.
Tempoh masa dari
4 Mei hingga 30 Julai kerana bulai Mei merupakan bulan peperiksaan pertengahan
tahun dan disambung dengan cuti pertengahan tahun selama dua minggu.
Subscribe to:
Posts (Atom)